suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Elak duit ‘hangus’ begitu saja, ini lima perkara perlu disemak sebelum 31 Disember... Siap boleh dapat RM500 percuma!

Masyarakat berpeluang mendapatkan beberapa manfaat kewangan sebelum 2026 melabuhkan tirai. -Gambar hiasan AI

MENJELANG hujung tahun, masyarakat khususnya yang berkeluarga akan mula sibuk membuat persiapan sekolah anak-anak ataupun merancang percutian. 

Namun, dalam kesibukan tersebut, jangan sampai terlepas pandang beberapa perkara penting berkaitan kewangan yang perlu dimanfaatkan sebelum tahun 2026 melabuhkan tirainya.

Tanpa disedari, individu boleh terlepas beberapa manfaat ekoran sesetengah insentif kerajaan misalnya memiliki tarikh luput dan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya.

Berikut lima perkara yang perlu disemak sebelum 31 Disember 2026 bagi mengelakkan kerugian.

Bantuan SARA perlu dihabiskan sebelum tahun 2026 berakhir.

1. Habiskan baki RM100 SARA 

Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) perlu menghabiskan baki kredit RM100 dalam MyKad sebelum 31 Disember 2026. 

Baki yang tidak digunakan akan tamat tempoh dan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya.

2. Buat pemeriksaan kesihatan, gigi dan vaksinasi

Manfaatkan penghujung tahun untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, awatan gigi serta vaksinasi.

Setiap kategori mempunyai had pelepasan cukai RM1,000, tertakluk kepada syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan had keseluruhan pelepasan perubatan RM10,000. 

3. Masukkan RM2,500 dalam i-Saraan

Individu bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap boleh mempertimbangkan caruman i-Saraan. 

Kerajaan menyediakan insentif padanan 20 peratus sehingga RM500 setahun dan melalui caruman RM2,500, membolehkan pencarum menikmati insentif maksimum tersebut.

4. Tambah simpanan dana kecemasan

Pastikan anda mempunyai simpanan sekurang-kurangnya tiga bulan perbelanjaan asas. 

Contohnya, jika komitmen bulanan berjumlah RM3,000, sasaran dana kecemasan sebaiknya RM9,000 dan pencarum digalakkan untuk membelanjakan sebahagian bonus hujung tahun untuk simpanan itu.

5. Semak penyata kad kredit dan BNPL

Periksa penyata kad kredit serta perkhidmatan beli sekarang bayar kemudian (BNPL).

Paling penting, langsaikan segera segala caj lewat bayar, faedah dan langganan yang tidak lagi digunakan kerana sebarang tunggakan boleh menjejaskan skor kredit seperti CTOS ataupun CCRIS. 

Artikel Lain